Putin sorok keluarga di bunker rahsia di Siberia?

Talian voltan tinggi yang mencukupi untuk memberi bekalan kuasa kepada sebuah bandar kecil ditemui di permukaan lokasi yang didakwa menempatkan bunker rahsia tersebut di kawasan Pergunungan Altai. - Foto Agensi
Talian voltan tinggi yang mencukupi untuk memberi bekalan kuasa kepada sebuah bandar kecil ditemui di permukaan lokasi yang didakwa menempatkan bunker rahsia tersebut di kawasan Pergunungan Altai. - Foto Agensi
A
A
A

MOSCOW - Presiden Rusia, Vladimir Putin didakwa menyembunyikan ahli keluarganya di 'bandar rahsia bawah tanah' di Siberia sejak akhir minggu lalu.

Perkara itu didedahkan saintis politik di Moscow, Valery Solovey, 61, yang mendakwa bunker mewah dilengkapi teknologi canggih itu terletak di kawasan Pergunungan Altai dan direka khas untuk memberi perlindungan jika perang nuklear tercetus.

Menurutnya, bandar tersebut dibangunkan firma gergasi, Gazprom kira-kira sedekad lalu di sebuah lokasi di daerah Ongudaysky, sebuah wilayah di Siberia yang bersempadan dengan Mongolia, China dan Kazakhstan.

Beberapa pemerhati juga telah menemui titik pengudaraan di sekitar kawasan yang menempatkan bunker rahsia tersebut dengan talian voltan tinggi yang mencukupi untuk memberi bekalan kuasa kepada sebuah bandar kecil.

Jelasnya lagi, penggali terowong Jerman dipercayai berada di lokasi tersebut ketika kerja pembinaan giat dijalankan.

Pada minggu lalu, Solovey yang digelar sebagai ahli teori konspirasi oleh segelintir pihak di Moscow telah disoal siasat selama tujuh jam berhubung laman Telegram yang dikendalikan beliau yang mendedahkan tentang masalah kesihatan dan mental Putin.

Bekas profesor di Moscow State Institute of International Relations (MGIMO) itu kemudiannya dibebaskan, namun kes tersebut masih belum ditutup malah kediamannya turut digeledah selain beberapa peralatan elektronik miliknya dirampas.

Salah satu dakwaan menggemparkan dibuat Solovey adalah tentang ritual mengorbankan seekor serigala yang diadakan Putin di Siberia kononnya untuk meningkatkan tahap kesihatan pemimpin berusia 69 tahun itu. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!