'Pembangkang boleh bantu realisasikan manifesto kerajaan negeri'

Sulaiman
Sulaiman
A
A
A

MELAKA - Rantaian kesepakatan dan kesefahaman semua wakil rakyat mampu merealisasikan janji manifesto kerajaan negeri iaitu Kestabilan dan Kemakmuran, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Sulaiman (BN-Lendu) berkata, amat penting satu rantaian kefahaman dan kesepakatan dapat dibina, bukan sahaja melibatkan 21 wakil rakyat daripada pihak kerajaan tetapi juga tujuh wakil rakyat bukan kerajaan.

"Kita nak sentiasa melakukan islah yakni perubahan dan transformasi penambahbaikan atau transformasi demi transformasi. Kita bukan seperti dahulu, kita kena ada muafakat dan kesepakatan antara (wakil rakyat) kerajaan dan bukan kerajaan.

Saya sentuh juga bagaimana kita boleh merealisasikan manifesto. Ini bukan saya (kerajaan) sahaja tapi pihak bukan kerajaan juga boleh membantu untuk kita sama-sama merealisasikan," katanya pada sidang akhbar selepas menangguhkan Persidangan Kedua Penggal Pertama DUN Melaka ke-15 di Seri Negeri di sini pada Khamis.

Mengulas berkaitan persidangan kali ini, Sulaiman berkata beliau berpuas hati apabila hampir semua soalan dapat dijawab dengan baik dan teratur oleh Exco yang bertanggungjawab.

Katanya usul pindaan rang undang-undang juga berjalan lancar apabila semuanya telah selesai semalam. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!