Perak FC janji bayar gaji pemain sebelum 7 Mac

Kenyataan media Perak FC mengenai pembayaran gaji pemain. Gambar kecil: Muhammad Yunus
Kenyataan media Perak FC mengenai pembayaran gaji pemain. Gambar kecil: Muhammad Yunus
A
A
A

PERAK FC akan melunaskan tunggakan gaji pemain sedia ada selewat-lewatnya pada 7 Mac depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Muhammad Yunus Zakariah berkata, pemain dilaporkan masih belum menerima gaji mereka untuk dua bulan terakhir iaitu Januari dan Februari.

Menurutnya, pihak kelab bercadang untuk menyelesaikan semua tunggakan gaji pemain sedia ada atau sekurang-kurangnya bayaran bulan pertama terlebih dahulu.

"Walaupun kelab telah memberikan jaminan pembayaran gaji kepada bekas pemain import sebelum akhir bulan April, iaitu sebulan sebelum jendela perpindahan kedua, jaminan sedemikian tidak diberikan kepada pemain tempatan sedia ada.

"Pihak pengurusan akan membuat pembayaran selewat-lewatnya pada 7 Mac seperti dinyatakan dalam kontrak masing-masing," katanya kepada dalam satu kenyataan akhbar pada Khamis.

Sementara itu, mengenai jersi rasmi pasukan, Muhammad Yunus menjelaskan Perak FC akan kekal memakai jersi penaja iaitu Lotto walaupun terdapat spekulasi mengenai penggunaan jersi itu di media sosial.

Katanya, seperti yang diumumkan di forum peminat pada 5 Januari lalu, jersi pramusim akan digunakan untuk beberapa perlawanan pertama dalam saingan Liga Premier.

Beliau berkata, jersi rasmi Perak FC untuk musim 2022 akan diperkenalkan pada bulan April atau Mei depan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!