Keperluan permit import, eksport tertakluk Perintah Kastam

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

PUTRAJAYA - Keperluan permit untuk tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisme yang diimport atau dieksport di semua pintu masuk atau keluar negara di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan hendaklah merujuk dan tertakluk kepada Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import atau Eksport) 2017.

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) berkata, penyataan itu dibuat sebagai makluman kepada pihak industri seperti yang dibangkitkan dalam mesyuarat Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) Bil 1/2022 pada bulan lepas.

Maqis berkata, pada masa ini jabatan itu sedang dalam proses melaksanakan cadangan pindaan Perintah Kastam termasuk melalui proses Analisis Impak Peraturan (RIA) dan konsultasi awam di bawah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

"Justeru sebarang perubahan dan arahan berhubung keperluan permit import dan eksport adalah tertakluk kepada pindaan terkini perintah tersebut setelah dikeluarkan melalui Warta Kerajaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!