[VIDEO] Kedah hantar bantuan pasca banjir

Ammar (kiri) dan Awang Askandar (dua dari kiri) melepaskan bantuan NGO dengan kerjasama APM Kedah ke Terengganu di Kompleks APM Kota Setar pada petang Khamis.
Ammar (kiri) dan Awang Askandar (dua dari kiri) melepaskan bantuan NGO dengan kerjasama APM Kedah ke Terengganu di Kompleks APM Kota Setar pada petang Khamis.
A
A
A

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah akan mengerakkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini dalam misi bantuan pasca banjir di Kelantan dan Terengganu bagi membantu membersihkan kawasan-kawasan yang terjejas teruk.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Paduka Ammar Shaikh Mahmood Naim berkata, bantuan akan diselaraskan bagi mencuci premis yang terkesan seperti rumah penduduk dan sekolah bagi meringankan beban mangsa banjir yang terjejas.

Menurutnya, penyelarasan akan dilakukan bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri yang terlibat agar bantuan dapat sampai ke tempat yang memerlukan.

"Sama macam (banjir) di Selangor hari itu, kita selaras dengan Pejabat SUK untuk proses pembersihan ini agar menjadi teratur. Satu pasukan di satu tempat sahaja ia tidak membantu.

"Setiap pasukan ada tempat-tempat tertentu sebab negeri lain ada menghantar bantuan juga. Kita perlu menyelaraskannya agar teratur supaya bantuan kita sampai di tempat yang diperlukan, itu yang penting dan bukan di tempat yang tidak diperlukan," katanya pada sidang akhbar pada petang Khamis.

Beliau berkata demikian selepas melepaskan misi bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah ke Terengganu di Kompleks APM Kota Setar.

Sementara itu, Pengarah APM Kedah Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub menjelaskan, misi bantuan tersebut melibatkan 18 orang ahli NGO daripada Persatuan Pacuan 4 Roda Negeri Kedah dan lapan orang dari Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB).

"Kumpulan ini bergerak ke Kemaman, Terengganu pada malam Khamis bagi misi bantuan tersebut yang turut disertai anggota APM Kedah seramai tiga orang.

Artikel Berkaitan:

"Aset yang turut terlibat ialah sebuah lori empat tan, 12 pacuan empat roda dan sebuah van. Sebelum ini seramai 19 anggota termasuk pegawai APM Kedah telah pun digerakkan untuk bantuan Pasukan Respon Bencana Sokongan (PARAS) ke Kelantan pada 27 Februari lalu dan kini mereka dalam perjalanan ke Terengganu pula," ujarnya.



Kerajaan Kedah mengerakkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini dalam misi bantuan pasca banjir di pantai timur membantu membersihkan kawasan yang terjejas teruk, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Hafiz Wan Mansor.

Baca artikel penuh di sini https://bit.ly/34cmTeR

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa

Berita terkini: sinarharian.com.my

Facebook: https://www.facebook.com/sinarharian

Twitter: https://twitter.com/SinarOnline

Instagram: https://www.instagram.com/sinarharian/

Tiktok: https://www.tiktok.com/@sinarharianon...

Telegram: https://t.me/SinarHarianOfficial

YouTube: https://www.youtube.com/c/SinarHarianTV" />

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!