Dua sepupu dikhuatiri lemas ketika memukat

Operasi SAR mencari dua nelayan dikhuatiri lemas sedang dilakukan pasukan bomba di perairan Perapat Tugu Mamal, Kudat pagi Jumaat.
Operasi SAR mencari dua nelayan dikhuatiri lemas sedang dilakukan pasukan bomba di perairan Perapat Tugu Mamal, Kudat pagi Jumaat.
A
A
A

KUDAT - Dua nelayan dikhuatiri lemas selepas bot yang mereka naiki karam dalam kejadian di perairan Perapat Tugu Mamal, di sini pada Khamis.

Mangsa dikenali sebagai Macklin, 28, bersama sepupunya, Aewaeinder, 20, dilaporkan hilang kira-kira jam 6 petang dipercayai dibawa arus deras.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat, Ishak Jabas berkata,menurut maklumat kedua-dua mangsa keluar memukat bersama dua lagi yang lain kira-kira jam 2 petang Khamis.

"Ketika kejadian, kedua-dua mangsa turun dari bot untuk memukat namun mereka kemudian dikatakan dihanyutkan arus deras," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Jumaat.

Ishak berkata lagi, seramai lima anggota dikejar ke lokasi kejadian sejauh 50 kilometer dari balai bomba.

"Operasi dimulakan sebaik tiba namun ditangguhkan pada jam 11 malam tadi selepas kedua-dua mangsa tidak ditemui dan disambung semula pada jam 6 pagi Jumaat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!