Bojan tagih bisa Koubemba

Bojan
Bojan
A
A
A

KUALA LUMPUR (KL) City FC akan memberi peluang kepada penyerang import baharunya dari Congo, Kevin Koubemba dan pemain pertahanan, Declan Lambert pada perlawanan pertama Liga Malaysia (Liga-M) di laman sendiri menentang Selangor di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini.

Pengendali KL City, Bojan Hodak berkata, beliau percaya kedua-dua pemain itu memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan suasana liga di Malaysia dan percaya mereka mampu beraksi lebih baik berbanding perlawanan menentang JDT di Stadium Sultan Ibrahim pada Sabtu lalu.

“Dia (Koubemba) kebanyakannya bermain di posisi sayap kanan, namun dia masih boleh bermain sebagai penyerang sekiranya kami tidak mempunyai Romel Morales

“Dia sedang bekerja keras, dan saya tahu ia bukan mudah, namun dia sedang belajar untuk menyesuaikan diri. Untuk Declan pula, dia sama seperti Koubemba masih belajar tentang Liga-M. Mungkin dia terlalu kagum pada perlawanan pertama, namun saya fikir dia akan menyesuaikan diri.

“Ini kerana dia mempunyai kualiti dan berjaya membuktikannya pada setiap perlawanan yang disertainya. Saya percaya dia akan menjadi lebih baik,” katanya.

Untuk rekod, Declan adalah adik kembar Ryan yang telah bersama KL City sejak 2021 dan bermain sebagai pemain tengah serta merupakan pemain warisan.

Dalam pada itu, Hodak berkata, beliau berkemungkinan akan membuat sedikit perubahan pada kesebelasan utama yang sama ketika menentang JDT tempoh hari pada aksi menentang Selangor malam ini.

Menurut beliau, ini kerana pasukannya ketika ini masih menilai tahap kecederaan yang dialami oleh Declan dan Kenny Pallraj pada aksi Sumbangsih minggu lalu sebelum memutuskan sama ada mereka boleh bermain atau tidak.

Artikel Berkaitan:

“Saya sentiasa ada kesebelasan utama dan pemain yang akan diturunkan pada setiap perlawanan.

“Mungkin perlawanan menentang Selangor akan ada sedikit perubahan memandangkan kecederaan yang dialami Kenny dan Declan masih perlu dilihat semula. Jadi kita akan tunggu dan lihat keputusan mereka barulah boleh tentukan sama ada mereka cergas untuk diturunkan atau tidak,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!