Yakin undi tidak percaya tak berlaku

saharudin
saharudin
A
A
A

IPOH - Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Perak menjangkakan undi tidak percaya yang dikatakan akan dibuat ke atas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tidak akan berlaku.

Yang Dipertuanya, Datuk Saharuddin Abdul Jabbar berkata, pendedahan awal yang dibuat Ketua Pembangkang Dun Perak, Datuk Saarani Mohamad menyebabkan perancangan mereka terbantut.

Beliau berkata, PH memerlukan sokongan Adun BN untuk usul tersebut tetapi malangnya tiada Adun BN yang sedia memberikan sokongan.

“Saya beranggapan pendedahan Saarani itu hanya mahu mengingatkan Menteri Besar Perak supaya berhati-hati kerana ada musang berbulu ayam di dalam pentadbirannya.

“Usul itu tidak akan dilaksanakan kerana ia akan mendatang risiko kepada Exco tersebut kerana dia boleh dipecat kerana kuasa melantik Exco adalah hak menteri besar,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kemungkinan usul undi tidak dilakukan terhadap Menteri Besar Perak.

Sebelum ini, pelbagai pendedahan dibuat mengenai isu tersebut yang dimulakan oleh Saarani.

Saarani mendedahkan terdapat gerakan daripada pihak kerajaan untuk menggulingkan Ahmad Faizal melalui undi tidak percaya selepas beberapa Adun BN dipujuk menyokong usul tersebut.

[ARTIKEL BERKAITAN: Adun BN dipujuk singkir MB Perak]

Artikel Berkaitan:


Bagaimanapun, perkara itu dinafikan beberapa pemimpin PH Perak dan Exco Kerajaan Negeri.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Undi tak percaya itu karut']

Namun Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming mengakui wujudnya komplot untuk menjatuhkan Ahmad Faizal itu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Memang ada komplot jatuhkan MB Perak]

Sementara itu, Saharuddin berkata, BN Perak bertindak bijak dengan tidak terpengaruh dengan pujukan daripada pihak PH untuk menyokong usaha mereka itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!