[VIDEO] Budak 11 tahun rentung dalam kebakaran kilang

Bomba mengangkat mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran di sebuah kilang pembuatan getah sintetik di Kawasan Perindustrian Bakar Arang pada pagi Jumaat. (Gambar kecil: Misha Kasih)
Bomba mengangkat mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran di sebuah kilang pembuatan getah sintetik di Kawasan Perindustrian Bakar Arang pada pagi Jumaat. (Gambar kecil: Misha Kasih)
A
A
A

SUNGAI PETANI - [DIKEMAS KINI] Seorang kanak-kanak perempuan warga Indonesia ditemui rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah kilang memproses getah sintetik di Kawasan Perindustrian Bakar Arang di sini kira-kira jam 4 pagi Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abdul Rahman @ Abdul Rahim berkata, mayat mangsa yang dikenali sebagai Misha Kasih, 11, ditemukan di tingkat atas premis kilang berkenaan.

Menurutnya, mangsa merupakan cucu angkat kepada pemilik kilang yang dijaga sejak kecil selepas ibu kanak-kanak itu pulang ke negara asal.

"Mangsa kemudiannya telah diserahkan kepada keluarga beragama Islam untuk dijadikan anak angkat secara sah, namun disebabkan hubungan rapat, mangsa banyak menghabiskan masa bersama cucu majikan yang lain," katanya.

Menurutnya, ketika kejadian, tujuh mangsa lain terselamat termasuk lima ahli keluarga majikan dan dua pekerja.

Difahamkan, kilang terbabit sudah beroperasi sejak hampir 20 tahun lalu, namun sewaktu kejadian ia tidak beroperasi.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses bedah siasat.

Artikel Berkaitan:



BERITA SEMASA 4 MAC 2022

Kanak-kanak perempuan warga Indonesia rentung dalam kebakaran di sebuah bilik di premis kilang di Kawasan Perindustrian Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian

" />

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!