[VIDEO] Berperahu untuk solat Jumaat

Berperahu, itulah yang menjadi pilihan untuk ke masjid berkenaan.
Berperahu, itulah yang menjadi pilihan untuk ke masjid berkenaan.
A
A
A

TUMPAT - Hampir 100 jemaah tidak melepaskan peluang menunaikan solat Jumaat di Masjid Mukim Simpangan Hilir di sini walaupun terpaksa berperahu dan meredah air sehingga paras lutut untuk sampai ke masjid berkenaan.

Laluan utama untuk masuk ke masjid tersebut ditenggelami air sedalam 0.8 meter sejauh 200 meter sejak hujan berterusan melanda bermula Khamis, minggu lalu.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi berkenaan mendapati masing-masing penduduk tetap tidak meninggalkan solat Jumaat kali ini dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) penularan Covid-19 sebaik mungkin sepanjang berada di masjid berkenaan.

Masjid Mukim Simpangan sering ditenggalami air.
Masjid Mukim Simpangan sering ditenggalami air.

Solat Jumaat berkenaan diimamkan oleh Ismail Awang Mat, 70 dan turut disertai oleh Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun.

Seorang penduduk, Mohamad Naim Mohamad, 20 berkata, situasi berkenaan sering berlaku di kawasan masjid tersebut memandangkan ia berada di kawasan yang rendah dan dikelilingi dengan sawah padi.

Katanya, walaupun terpaksa berperahu, namun mereka tetap menjalankan tanggungjawab menunaikan solat Jumaat sebaik mungkin.

"Sebelum ini perintah kawalan pergerakan (PKP), kita tidak boleh solat di masjid, jadi sekarang ini sudah boleh. Walaupun banjir, kami redah juga. Insya-ALLAH," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mohd Fahim Mat Tiah, 19 pula memberitahu, situasi ini bukanlah sesuatu yang pelik, namun sudah menjadi kebiasaan bila tiba musim tengkujuh dan hujan.

Katanya, kali ini situasi mungkin sedikit berbeza memandangkan setiap individu perlu menjaga SOP sebaik mungkin sama ada di dalam mahupun di luar kawasan masjid.

@sinarharianonline Banjir bukan halangan bagi 100 jemaah tunai solat Jumaat #fyp#TikTokNews#ViralNewsMalaysia#BuletinTikTok#Banjir#SolatJumaat original sound - Sinar Harian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!