Wajib pilih pemimpin bersih dan berintegriti

Ying Kai (tengah) bersama dua kakitangan kedai Kopi 434 yang terletak di bandar Muar, Johor.
Ying Kai (tengah) bersama dua kakitangan kedai Kopi 434 yang terletak di bandar Muar, Johor.
A
A
A

MUAR - Satu kewajipan mencari dan memilih pemimpin yang ikhlas berkhidmat menjaga kebajikan rakyat serta berusaha keras memajukan negara.

Bagi Darren Lee Ying Kai, seorang pemimpin seharusnya mereka yang jujur, tidak terlibat dengan rasuah, berintegriti serta sentiasa menjaga kebajikan rakyat.

Beliau yang bertugas sebagai Pengurus Pemasaran di Kopi Serbok Sdn Bhd (Kopi 434) berkata, pemimpin yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan berkenaan pastinya berupaya membangunkan negara dengan baik dan tidak menggunakan kuasa demi kepentingan peribadi.

"Ketika mana berada di puncak kuasa, seseorang itu akan diduga dengan pelbagai godaan bagi memenuhi kehendak hawa nafsu.

"Sekiranya tidak memiliki sifat-sifat terpuji dan kuat pegangan agama, mereka akan tersungkur dengan godaan yang membawa ke jalan kehancuran.

"Bagi masyarakat umum yang diberi hak memilih kumpulan pemimpin, gunakan peluang yang ada untuk memilih pemimpin yang bersih mentadbir negara," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu Ying Kai berkata, golongan muda seharusnya diberi peluang untuk memimpin negara dengan gaya kepimpinan baharu dan segar.

Pemuda berusia 22 tahun itu berkata, selain mempunyai pelbagai idea baharu dan lebih segar membangunkan negara, anak muda pastinya mempunyai imej bersih.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, anak muda seumpama pucuk baharu yang masih lagi tidak terlibat dengan kesalahan besar atau jenayah kolar putih, termasuk perbuatan rasuah.

"Maka kumpulan kepimpinan anak muda perlu diberi peluang mentadbir negara, seterusnya membawa inspirasi baharu buat negara tercinta," katanya.

Sementara itu menurutnya, beliau menyokong penuh gerakan memerangi rasuah yang dilaksanakan oleh pasukan Rasuah Busters bersama rakan gabungan.

Jelasnya, usaha tersebut penting bagi memberi kefahaman kepada orang ramai tentang bahaya rasuah, sekali gus menyelamatkan negara musnah akibat rasuah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!