Syarikat perlu ada dasar ambil pekerja OKU

Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Senator Datuk Ras Adiba Radzi menyampaikan ucapan pada majlis perasmian program Singgah Kebun@Sungai Bunus di Kebun Kejiranan Sungai Bunus hari ini. - Foto Bernama
Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Senator Datuk Ras Adiba Radzi menyampaikan ucapan pada majlis perasmian program Singgah Kebun@Sungai Bunus di Kebun Kejiranan Sungai Bunus hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Syarikat-syarikat di Malaysia disaran mewujudkan dasar membabitkan pengambilan pekerja Orang Kurang Upaya (OKU).

Presiden OKU Sentral, Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata, kerajaan telah menerapkan dasar dengan satu peratus penjawat awam di setiap kementerian adalah OKU.

Justeru, Ras Adiba menyeru syarikat mengamalkan polisi yang serupa bagi membolehkan lebih ramai golongan OKU menyertai sektor pekerjaan.

Katanya, pengambilan pekerja OKU perlu disokong dengan fasiliti mesra pengguna kurang upaya OKU seperti tandas dan ram untuk akses ke bangunan antaranya.

"Sediakan juga pekerjaan berdasarkan pengalaman dan kelayakan pendidikan kami," katanya pelancaran video kempen TimeToListen oleh Capital A Bhd.

Menurut Ras Adiba, kini hanya empat kementerian melepasi saranan satu peratus dalam pengambilan pekerja kurang upaya.

"Saya begitu berharap pada tahun ini, kementerian lain akan turut mengikuti langkah dan tidak ketinggalan dalam mencapai sasaran polisi yang ditetapkan.

"Satu peratus adalah terlalu kecil, saya berharapan ia (dinaikkan kepada) 10 peratus," katanya.

Artikel Berkaitan:

Kempen TimeToListen menonjolkan komitmen Capital A dalam membantu OKU mengatasi prejudis dan diskriminasi sosial serta menyediakan platform untuk mereka bersuara. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!