15 kakitangan Majlis Bandaraya Seremban positif Covid-19
SEREMBAN - Seramai 15 kakitangan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) disahkan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah.
Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Razali berkata, lawatan sambil belajar itu diadakan pada 25 Februari hingga 28 Februari lalu dengan melibatkan seramai 45 individu.
"Prosedur operasi standard(SOP) pencegahan Covid-19 dipatuhi sepenuhnya sepanjang lawatan diadakan.
"Setiap peserta diarahkan melaksanakan ujian saliva sebelum bertolak ke Sabah dan sebelum kembali ke semenanjung. Hasil ujian, semua peserta adalah negatif," katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.
Menurut Masri, kesemua kakitangan yang positif itu diarahkan menjalani kuarantin manakala peserta yang negatif dibenarkan untuk bekerja dari rumah (BDR) serta perlu membuat pemantauan kendiri dengan melakukan ujian saliva harian.
Tambah Masri, tujuan lawatan berkenaan adalah untuk mempelajari pembangunan produk-produk pelancongan berasaskan masyarakat dan eko-pelancongan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!