[VIDEO] Pengundi sudah punya pilihan walaupun kempen kurang

Banyak mana bendera yang dipacakkan oleh setiap parti tidak mempengaruhi pengundi untuk memilih calon yang dikehendaki. - Foto Bernama
Banyak mana bendera yang dipacakkan oleh setiap parti tidak mempengaruhi pengundi untuk memilih calon yang dikehendaki. - Foto Bernama
A
A
A

BATU PAHAT - Walaupun kempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kurang meriah dengan bendera dan ceramah, tetapi pengundi telah mempunyai pilihan masing-masing untuk mengundi pada 12 Mac nanti.

Pengundi, Abd Karim Sufian, 61, berkata, di zaman teknologi maklumat, pengundi tidak terlalu bergantung kepada jumlah bendera yang dipasang semasa pilihan raya.

“Sekarang ini mereka banyak mengetahui tentang perkembangan politik atau perkembangan setiap parti itu melalui bacaan masing-masing dalam media sosial, surat khabar dan televisyen.

“(Pengundi) tidak hanya bergantung kepada banyak mana bendera yang dipacakkan oleh setiap parti.

“Bagi pengundi terutamanya yang berusia, dalam pemikiran mereka sudah ada parti mana mereka mahu pilih dalam PRN kali ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian baru-baru ini.

Seorang lagi pengundi, Abu Bakar Abd Manap, 59, turut menyuarakan pendapat yang serupa.

Abu Bakar Abd Manap
Abu Bakar Abd Manap

Katanya, walaupun pengundi muda terutamanya yang berusia 18 tahun akan mengundi buat kali pertama, tetapi mereka tidak mempunyai masalah dalam membuat pilihan.

Artikel Berkaitan:

“Budak-budak muda sekarang ini bijak-bijak. Mereka lagi faham bab-bab ini dan tidak ada masalah untuk membuat pilihan walaupun kempen atau bendera yang dipacak kurang,” katanya.

Dia turut berpendapat bahawa pengundi akan mengundi daripada segi bantuan yang diberikan kepada rakyat.

Selain itu, pengundi juga akan memilih sekiranya parti itu benar-benar bersih dan tidak ada kesalahan yang dibuat dalam kalangan pemimpinnya.

Saidin Mat Pasu
Saidin Mat Pasu

“Bila kita dalam Malaysia ini, menteri-menteri yang buat salah, tindakan kurang diambil. Lagi satu boleh pegang jawatan lagi. Itu juga memainkan peranan untuk pengundi memilih,” jelasnya.

Pengundi, Saidin Mat Pasu, 61, juga berpendapat bahawa pengundi sudah mempunyai pilihan mereka yang tersendiri.

Katanya, pemilihan daripada pengundi itu bergantung kepada prestasi sesebuah kerajaan yang dipimpin oleh parti politik terbabit.

“Mereka sudah tahu disebabkan perubahan kerajaan,” jelasnya.

Abd Karim Sufian
Abd Karim Sufian


Ikuti perkembangan semasa #PRNJohor dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!