'Manifesto BN beri manfaat kepada semua golongan'

Norlizah
Norlizah
A
A
A

KOTA TINGGI - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Lama yakin manifesto Ikhtiar Barisan Nasional (BN) Johor dapat memberi manfaat kepada semua golongan masyarakat di kawasan tersebut termasuk orang muda.

Norlizah Noh berkata, manifesto BN dilihat berjaya menyentuh keseluruhan penduduk di DUN tersebut merangkumi kawasan kampung, Felda dan bandar.

“Ikhtiar BN Johor itu merangkumi semua peringkat seperti orang muda, penduduk bekerja sendiri dan peniaga.

“Jadi mereka (pengundi) sangat berpuas hati dan mengharapkan agar ikhtiar ini dapat direalisasikan selepas BN menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada Jumaat.

Beliau sebelum itu menerima kunjungan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu program kempen bersama pengundi pada Jumaat yang turut dihadiri calon BN bagi DUN Sedili, Muszaidi Makmor.

Mengulas mengenai sokongan diterima setelah hampir seminggu berkempen, Norlizah berkata, pengundi yang pada awalnya tidak menunjukkan sebarang pendirian kini didapati sudah mula positif terhadap kempen yang dilakukannya.

Menyentuh mengenai usaha mendekati golongan anak muda di kawasan tersebut, beliau berkata, ia dilakukan melalui aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Dengan pendekatan ini, mereka lebih berminat menyertai kami dan sekali gus memilih kami pada PRN kali ini,” ujarnya yang juga merupakan Naib Pengerusi Wanita Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Wilayah Johor Bahru.

Artikel Berkaitan:

Perebutan kerusi DUN Johor menyaksikan persaingan empat penjuru yang membabitkan Norlizah daripada BN, Omar Mokhtar A Manap (PKR), Mohamad Alias Rasman (PN) dan Mohd Shukor Ahmad (Pejuang).


Ikuti perkembangan semasa #PRNJohor dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my


Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!