MAFI tambah baik kursus

Ronald Kiandee (depan) hadir pada Majlis Konvokesyen Pertanian Kali Ke-10 Tahun 2022 yang
berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada Khamis.
Ronald Kiandee (depan) hadir pada Majlis Konvokesyen Pertanian Kali Ke-10 Tahun 2022 yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada Khamis.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kursus dan latihan kendalian Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan sentiasa ditambah baik sebagai usaha melengkapkan pelajar dengan teknologi terkini industri agromakanan sekali gus mendedahkan mereka kepada pertanian moden berteraskan Revolusi Industri 4.0.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, pelajar akan diterapkan dengan proses pendidikan dan latihan berteraskan amalan industri merangkumi komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan pendedahan kepada latihan indusri.

“Para graduan bukan sahaja mempunyai kemahiran teknikal tetapi dibekalkan dengan ilmu keusahawanan sepanjang tempoh pengajian, seterusnya menjadi nilai tambah ketika di alam pekerjaan atau menjadi usahawan agromakanan di masa akan datang.

“Saya berharap graduan pada hari ini dapat melibatkan diri menjadi sebahagian dari usahawan tani yang sama-sama menjayakan visi dan misi MAFI dengan menyumbang kepada pembangunan ekonomi bagi menjamin sekuriti makanan negara di tahap terbaik.

Ronald Kiandee ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Pertanian Ke-10
Ronald Kiandee ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Pertanian Ke-10

“Saya percaya sebagai golongan muda yang mempunyai tenaga dan kekuatan serta pengetahuan teknikal dalam bidang pertanian, usaha kerajaan ke arah pertanian pintar akan tercapai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Konvokesyen Pertanian Ke-10 MAFI di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Ronald menjelaskan, MAFI melalui Bahagian Pembangunan Kapasiti dan Latihan Pertanian (BPKLP) akan terus melaksanakan program latihan untuk melahirkan belia yang kompeten dalam semua subsektor agromakanan.

Usaha itu katanya, bukan sahaja bagi memenuhi permintaan tenaga mahir dalam sektor berkenaan, malah melahirkan belia yang bakal menjadi usahawan agromakanan.

Suasana Majlis Konvokesyen Pertanian Kali Ke-10 Tahun 2022
Suasana Majlis Konvokesyen Pertanian Kali Ke-10 Tahun 2022

“Kerajaan telah dan akan terus memberi peruntukan yang cukup bagi meningkatkan infrastruktur dan kemudahan di institut-institut latihan untuk mempertingkatkan mutu latihannya.

“Saya berharap mutu pengajian dan pembelajaran di semua institusi berkaitan dapat dibekalkan dan dipertingkat dari masa ke masa agar dapat memenuhi keperluan ‘stakeholders’ iaitu sektor awam dan swasta.

“Justeru pihak institut juga perlu mengambil langkah proaktif untuk menyemak dan menambahbaik kurikulum yang digunapakai agar sejajar dengan keperluan dan perkembangan sektor pertanian masa kini,” ujarnya.

Petugas sedang membetulkan jubah seorang graduan yang sedang menanti giliran untuk
penganugerahan
Petugas sedang membetulkan jubah seorang graduan yang sedang menanti giliran untuk penganugerahan

Sementara itu pada majlis konvokesyen berkenaan, seramai 1,721 graduan meliputi lepasan Diploma Kemahiran (288 graduan), Sijil Kemahiran (711 graduan), Sijil Pertanian (543 graduan), Sijil Veterinar (83 graduan) dan Sijil Perikanan (87 graduan) berjaya menamatkan pengajian bagi tahun 2020 dan 2021.

Beliau turut menyampaikan Anugerah Khas Pingat Emas Menteri Pertanian & Industri Makanan 2021 kepada Nur Aifa Shaaeri dan Anugerah Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian & Industri Makanan Tahun 2020, Mohd Zakaria Abd Rahman.

“Kepada para graduan saya ucapkan syabas kerana berjaya menghadapi segala cabaran untuk mencapai apa yang dicita-citakan,” katanya.

Sebagai rekod, MAFI telah berjaya melahirkan seramai 21,759 graduan terlatih sejak 1969.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!