Tular penyokong KL City, Selangor 'beraksi' luar stadium

Tular insiden kekecohan dipercayai dalam kalangan penyokong-penyokong di luar Stadium Bolasepak Kuala Lumpur selepas perlawanan KL City menentang Selangor pada Jumaat.
Tular insiden kekecohan dipercayai dalam kalangan penyokong-penyokong di luar Stadium Bolasepak Kuala Lumpur selepas perlawanan KL City menentang Selangor pada Jumaat.
A
A
A

[DIKEMAS KINI] KEHANGATAN derbi Lembah Klang, Kuala Lumpur (KL) City menentang Selangor dalam perlawanan Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras yang berakhir dengan keputusan seri 3-3 tidak hanya berakhir selepas perlawanan.

Kegagalan The City Boys kendalian Bojan Hodak dan The Red Giants dipimpin Michael Feichtenbeiner menoktahkan pencarian pemenang pusingan pertama menyaksikan tular aksi masa tambahan dalam kalangan segelintir dipercayai penyokong-penyokong kedua-dua pasukan selepas perlawanan.

Ini berikutan tindakan segelintir pemain ke-12, The City Boys dan The Red Giants melanjutkan perseteruan derbi setempat bagi memuktamadkan pencarian status Raja Lembah Klang di luar pekarangan stadium selepas perlawanan.

Untuk rekod ini merupakan siri kekecohan kedua melibatkan pemain ke-12 yang berlaku musim ini selepas insiden pertama di Stadium Sultan Ibrahim setelah berakhirnya perlawanan Sumbangsih merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah, Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang KL City pada Sabtu lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!