'Sombong, tidak sensitif perlekeh tawaran air percuma' - Muhyiddin

Muhyiddin ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Dialog bersama Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Menteri-Menteri Berkaitan Ekonomi pada Sabtu.
Muhyiddin ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Dialog bersama Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Menteri-Menteri Berkaitan Ekonomi pada Sabtu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelar dakwaan berhubung manifesto tawaran air percuma kepada rakyat Johor yang dikatakan meniru rekod sejarah terdahulu.

Beliau menegaskan, tindakan memperlekehkan inisiatif pemberian 20 meter padu air secara percuma itu bersifat tidak sensitif dan sombong.

"Sesetengah pihak cakap 'apa la (tawaran air percuma) ini, dulu pun sudah buat. Sekarang nak tiru.

"Ia bukan soal tiru-meniru. Ia soal pemahaman, keprihatinan dan penjagaan yang diberikan kerajaan PN untuk kehidupan orang Johor.

"Walaupun perkara kecil, tetapi ia mempunyai makna yang besar kepada masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Dialog bersama Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Menteri-Menteri Berkaitan Ekonomi, pada Sabtu.

Pada Rabu, PN membuat tawaran air percuma sebanyak 20 meter padu kepada isi rumah berpendapatan rendah di Johor sekiranya menang dalam pilihan raya negeri itu pada 12 Mac ini.

Inisiatif berkenaan merupakan antara tawaran yang terkandung dalam Ikrar Manifesto PN yang dilancarkan pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Pengerusi Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) Selangor Selangor, Tan Sri Noh Omar pada Khamis pula menyifatkan kempen tersebut sebagai ulangan kempen yang pernah dilakukan kerajaan Selangor.


Ikuti perkembangan semasa #PRNJohor dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my


Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!