McGregor minat beli Chelsea

McGregor atlet yang menerima bayaran tertinggi pada 2021. - Foto AP
McGregor atlet yang menerima bayaran tertinggi pada 2021. - Foto AP
A
A
A

ATLET seni bela diri campuran (MMA), Conor McGregor dilaporkan berminat untuk membeli kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea setelah pemilik The Blues, Roman Abramovich mengumumkan penjualannya baru-baru ini.

Malah McGregor turut menyatakan minatnya itu minggu ini menerusi Twitter dengan bidaan yang ditawarkannya adalah separuh daripada jumlah RM17 bilion (£3 bilion).

Mengulas lanjut McGregor berkata, beliau berminat untuk membeli Chelsea sejak minggu lalu dan berhasrat untuk melihat sejauh mata potensi kelab berkenaan.

“Saya berminat untuk membeli Chelsea kerana saya melihat potensi yang ada di kelab berkenaan.

“Malah, saya akan menjalankan kajian bagi melihat potensi yang ada pada kelab berkenaan,” katanya.

Untuk rekod, pemilik Chelsea, Roman Abramovic mengumumkan penjualan kelab berkenaan susulan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine ketika ini.

Menurut billionaire Rusia itu, wang hasil jualan kelab berkenaan akan digunakan bagi tujuan bantuan pembinaan semula Ukraine.

Setakat ini difahamkan, beberapa bidaan telah diterima daripada pelbagai pihak yang menyatakan minat untuk membeli kelab berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, McGregor yang dikatakan atlet yang menerima bayaran tertinggi bagi 2021 telah membentangkan bidaannya menerusi media sosial.

Selain McGregor, ahli perniagaan Turki, Muhsin Bayrak turut dikatakan berminat untuk membeli The Blues dan telah pun membuat bidaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!