Bayi berusia 24 hari meninggal dunia
REMBAU - Seorang bayi perempuan berusia 24 hari disahkan meninggal dunia selepas dipercayai tidak sedarkan diri di rumahnya di Pedas Tengah pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden, Hazri Mohamad berkata, berdasarkan siasatan awal, ibunya yang berusia 42 tahun menyusukan bayi tersebut pada jam 12.39 tengah hari sebelum tidur dan diletakkan dalam kereta sorong di ruang tengah rumah.
"Setengah jam kemudian, ketika kakaknya ingin membetulkan bedung mendapati adik bongsunya itu tidak memberikan tindak balas dan terus dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Rembau untuk rawatan lanjut.
"Doktor mendapati bayi itu sudah tiada nadi dan tubuhnya dalam keadaan sejuk. Bagaimanapun sebagai prosedur pihak kecemasan telah memberi bantuan pernafasan tetapi tiada tindak balas," katanya ketika dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Hazri berkata, bayi berkenaan disahkan meninggal dunia sebelum di bawa ke Hospital Rembau.
"Proses bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian akan dilakukan sebaik keputusan ujian Covid-19 diperoleh dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.
Katanya, bayi berkenaan merupakan anak bongsu daripada enam adik-beradik dilahirkan dalam keadaan sempurna pada 10 Februari lepas dan sepatutnya menjalani pemeriksaan susulan ketika berumur sebulan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!