Banjir Kelantan: 1,437 orang berada di lima PPS

- Gambar hiasan
- Gambar hiasan
A
A
A

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 1,437 orang daripada 414 keluarga pagi Ahad berbanding 1,879 orang daripada 544 keluarga malam Sabtu.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat jam 8 pagi, kesemua mereka ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas dan sebuah PPS di Tumpat.

Kesemuanya terdiri daripada 485 lelaki, 495 wanita, 208 kanak-kanak lelaki dan 238 kanak-kanak perempuan serta 11 bayi.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui laman sesawangnya pula melaporkan, semua sungai utama di negeri itu kini berada pada paras biasa.

Sementara itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan tiga kawasan di Kelantan masih belum menerima bekalan elektrik berikutan ditutup semasa bencana itu.

Kawasan terlibat ialah Pulau Dolah di Tumpat dan Jabatan Pengairan dan Saliran Pengkalan Rakit serta Jabatan Pengairan dan Saliran Bakat 2 di Pasir Mas. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!