Tuchel puji aksi James

Reece James meraikan jaringannya ketika membantu Chelsea menewaskan Burnley di Turf Moor dalam saingan EPL, awal pagi Ahad.
Reece James meraikan jaringannya ketika membantu Chelsea menewaskan Burnley di Turf Moor dalam saingan EPL, awal pagi Ahad.
A
A
A

PENGENDALI Chelsea, Thomas Tuchel memuji aksi yang ditampilkan pemainnya, Reece James, selepas tonggak pertahanan sayap itu meledak satu gol dan satu bantuan jaringan ketika membelasah Bunrley 4-0 di Turf Moor awal pagi Ahad.

James sebelum ini terpaksa berehat panjang susulan kecederaan yang dialaminya ketika The Blues seri menentang Brighton Disember lalu, namun kembali diturunkan ketika final EFL yang menyaksikan Chelsea kepada Liverpool melalui sepakan penalti.

"Ketika kehilangan khidmatnya (James) selama sembilan minggu, kami berdepan tugas yang mencabar iaitu dalam tempoh tersebut perlu bermain kira-kira 25 perlawanan. Kami sentiasa cuba mencari jalan penyelesaian ketika dia tidak ada dan berjaya melakukannya sebagai satu pasukan.

“Bagaimanapun sebaik dia kembali bermain dalam tiga perlawanan yang lalu, anda dapat lihat betapa pentingnya kepada pasukan ketika ini.

“Dia mempunyai kualiti yang begitu hebat dan ia sangat mengagumkan betapa bagusnya dia dalam latihan dan sekarang juga dalam permainan,” kata Tuchel.

Pada perlawanan tersebut, James terlebih dahulu membuka tirai jaringan untuk meletakkan Chelsea di depan pada minit ke-47.

Penyerang Jerman, Kai Havertz kemudiannya menggandakan kelebihan menerusi tandukan hasil hantaran Christian Pulisic lima minit kemudian dan sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring pada perlawanan itu apabila menyudahkan hantaran James pada minit ke-55.

Pemain sayap, Christian Pulisic menambah derita apabila menyumbat masuk gol keempat Chelsea pada minit ke-69 selepas hantaran Saul Niguez terkena lawan.

Artikel Berkaitan:

Kemenangan tersebut menyaksikan Chelsea kini mengumpul 53 mata dalam 26 perlawanan dibezakan 13 mata dengan Manchester CIty yang kini berada di kedudukan teratas liga.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!