OKT meninggal dunia selepas mengadu sesak nafas

Azri
Azri
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang orang kena tahan (OKT) warga Indonesia yang ditahan untuk siasatan kes dadah dan imigresen meninggal dunia di lokap Balai Polis Pusat, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu, Sarawak, pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, pihak JIPS dimaklumkan kejadian itu kira-kira jam 11.15 pagi.

"OKT adalah lelaki warga Indonesia berusia 48 tahun yang ditangkap di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Imigresen 1959/63.

"OKT juga telah dituduh pada 1 Mac lalu dan ditempatkan sementara di lokap Balai Polis Pusat IPD Bintulu, Sarawak sebelum mengadu sesak nafas pada Sabtu," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, OKT kemudian telah dikejarkan ke Hospital Bintulu sebelum disahkan meninggal dunia.

Katanya, punca kematian belum dikenal pasti dan Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS akan menjalankan siasatan berkaitan kes itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!