"Dia dah tahu anaknya hilang..."

Mohd Haziq yang masih belum ditemui.
Mohd Haziq yang masih belum ditemui.
A
A
A

ALOR SETAR - Mangsa insiden tembakan rambang di sebuah masjid di Christchurch, New Zealand, Mohd Tarmizi Shuib, 42, menanti kepulangan anak lelakinya yang masih hilang dengan penuh harapan.

Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17, yang mengikuti bapanya menunaikan solat Jumaat beberapa hari lepas masih belum ditemui sehingga kini.

Kakak mangsa, Zarina Shuib, 53, berkata, Mohd Tarmizi sudah mengetahui kehilangan anak kedua dari empat adik-beradik itu selepas kejadian tembakan rambang berkenaan.

"Kami dimaklumkan kesihatan Tarmizi semakin pulih sebaik selesai menjalani pembedahan.

"Tarmizi juga dah tahu anaknya hilang. Sekarang ni kami sekeluarga hanya mampu berdoa Haziq dapat ditemui segera dalam keadaan selamat," katanya.

Dia turut dimaklumkan, isteri Mohd Tarmizi juga ada membuat pengecaman mayat yang baru ditemui, namun tiada perkembangan mengenai Mohd Haziq.

"Kami tak pernah berhenti berdoa dan baca surah Yasin selain solat hajat supaya Tarmizi cepat pulih dan Haziq dijumpai," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!