345 pegawai JPJ bawa senjata api ketika operasi

 Datuk Zailani Hashim
Datuk Zailani Hashim
A
A
A

BACHOK - Sejumlah 345 pucuk senjata api digunakan oleh pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara ketika beroperasi ketika ini, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim.

Beliau berkata, penggunaan senjata api dalam kalangan anggota JPJ adalah penting terutama ketika menghadapi ancaman pihak tidak bertanggungjawab.

"Setiap hari anggota JPJ terutamanya yang terlibat dalam penguatkuasaan menghadapi ancaman dan justeru itu penggunaan senjata api adalah penting bagi memberikan keyakinan kepada pegawai dan anggota.

"Walaupun hanya pegawai yang dibolehkan membawa senjata namun ia akan memberi keyakinan kepada anggota lain yang menjalankan tugasan di lapangan," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan penutup Kursus Asas Pengendalian Senjata Api melibatkan 45 pegawai dan anggota JPJ Kelantan dan Ibu Pejabat yang diadakan selama empat hari di Lapang Sasar Gunong di sini pada Ahad. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!