Dividen LTAT 4.1 peratus
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bagi tahun 2021 adalah sebanyak 4.1 peratus.
Ismail Sabri berkata, kadar dividen tersebut merupakan yang tertinggi sejak tahun 2018.
"Sukacita saya ingin memaklumkan dividen LTAT tahun 2021 adalah sebanyak 4.1 peratus, merupakan yang tertinggi sejak 2018.
"Tahniah MINDEF (Kementerian Pertahanan) dan LTAT!," katanya menerusi ciapan di laman Twitter pada Ahad.
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!