Manchester City lebar jurang pendahulu

De Bruyne antara pencetak gol untuk Manchester City dalam perlawanan liga menentang Manchester United itu.
De Bruyne antara pencetak gol untuk Manchester City dalam perlawanan liga menentang Manchester United itu.
A
A
A

PENYANDANG juara Manchester City terus melebarkan jurang pendahulu saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada enam mata selepas mengatasi Manchester United 4-1 dalam perlawanan di Stadium Etihad.

Jaringan Kevin De Bruyne (5', 28') dan Mahrez (68', 90') membolehkan skuad kendalian Pep Guardiola itu mengumpul 69 mata setelah mengharungi 27 perlawanan sekali gus mengesahkan status Raja Manchester dalam derbi setempat tersebut

Gol Manchester United pula dijaringkan Jadon Sancho hasil rembatan lencong pada minit ke-22 menyaksikan kekalahan ketujuh liga musim ini selepas mengharungi 28 perlawanan.

Manchester United kendalian Ralf Rangnick yang tanpa Cristiano Ronaldo dan Edinson Cavani memberikan saingan sengit pada babak pertama akhirnya terpaksa akur dengan kualiti dimiliki penyandang juara tersebut.

"Sejujurnya perlawanan yang sangat baik sejak minit pertama. Kami bermain dengan sangat sempurna biarpun perlu bersabar dipermulaan babak pertama.

"Bola sepak adalah emosi dan juga taktik, kami adalah pasukan yang mempunyai keinginan serta semangat untuk mendapatkan semula bola dari minit pertama hingga ke-90," kata Guardiola.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!