Harga emas lebih RM2,000 satu auns di Asia

Harga emas meningkat disebabkan oleh perang Ukraine dengan Rusia yang berlaku sejak 24 Februari lalu. - Foto AFP
Harga emas meningkat disebabkan oleh perang Ukraine dengan Rusia yang berlaku sejak 24 Februari lalu. - Foto AFP
A
A
A

HONG KONG - Emas diniagakan dengan harga lebih AS$2,000 (RM8,359) untuk satu auns (28.34 gram) dalam dagangan Asia pada pagi Isnin ekoran tercetusnya perang antara Ukraine dan Rusia.

Harga itu juga meningkat disebabkan oleh pelabur mencari komoditi yang selamat kerana bimbang kesan perang terhadap ekonomi global.

Rusia menceroboh Ukraine pada 24 Februari lalu.

Pada pagi Isnin, logam berharga itu mencecah AS$2,000.86 (RM8,362.59) seauns yang merupakan paras tertinggi sejak September 2020.

Pada Februari lalu, harga emas pernah mencecah sehingga AS$$1,977 (RM8,262.87) satu auns pada dagangan di New York, Amerika Syarikat.

Harga emas itu meningkat disebabkan oleh Rusia meneruskan pencerobohan ke atas Ukraine yang telah menjejaskan pasaran ekuiti dan menyebabkan harga minyak melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh hampir 14 tahun ketika inflasi global berada paras yang tinggi. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!