TGV mohon maaf, tawar dua tiket percuma dan bayaran balik
SHAH ALAM - Pengendali rangkaian pawagam, Tanjung Golden Village Cinemas (TGV) memohon maaf dan menawarkan dua tiket percuma serta bayaran balik kepada penonton yang terjejas ketika tayangan filem ‘The Batman’ di TGV Vivacity Kuching, Sarawak pada Sabtu lalu.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan TGV, insiden tersebut berlaku kerana kelewatan beberapa orang kenamaan (VIP) yang tiba setelah 45 minit filem ditayangkan di pawagam.
Jelasnya, tayangan ‘The Batman’ perlu diulang semula setelah 45 minit kerana kelewatan VIP tersebut.
“Kami ingin memohon maaf kepada semua penonton yang terkesan dengan kelewatan sesi untuk ‘The Batman’.
“Insiden ini tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) tayangan kami kerana semua sesi filem akan berjalan mengikut masa berdasarkan jadual.
“Sebagai tanda maaf, kami akan menawarkan dua tiket percuma dan bayaran balik penuh kepada semua tetamu yang terjejas.
Sila hubungi kami di feedback@tgv.com.my,” menurut satu kenyataan TGV di Twitter pada Isnin.
Minmin and the team are investigating this matter guys, we sincerely apologise for the inconvenience pic.twitter.com/6LHlqnx9oA
— TGV Cinemas | #TontondiTGV (@TGVCinemas) March 6, 2022
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!