Hujan berterusan dua hari di Sabah mulai Selasa
KUALA LUMPUR - Hujan berterusan dijangka berlaku di Sabah selama dua hari bermula Selasa, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Menurut amaran peringkat waspada itu, MetMalaysia memaklumkan bahagian Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan dan Kudat akan mengalami hujan berterusan bermula Selasa.
Sementara itu, keadaan cuaca sama akan melanda bahagian Pantai Barat Sabah pada Rabu, 9 Mac. -Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!