18 tabika rosak dilanda banjir

Hashim Alang (kanan) bersama kakitangan Kemas menunjukkan sebahagian daripada barangan pembelajaran yang rosak akibat banjir di Tabika Kemas di Kompleks Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Rantau Panjang pada Isnin.
Hashim Alang (kanan) bersama kakitangan Kemas menunjukkan sebahagian daripada barangan pembelajaran yang rosak akibat banjir di Tabika Kemas di Kompleks Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Rantau Panjang pada Isnin.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Kelantan mengalami kerugian RM300,000 apabila 18 Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) di bawah seliaan agensi rosak akibat banjir.

Pengarah Kemas Kelantan, Hashim Alang Abdul Hamid berkata, daripada jumlah itu sebanyak 10 tabika di Rantau Panjang dan lapan di Pasir Mas mengalami kerosakan.

Menurut beliau, kerosakan membabitkan bangunan, perabot dan bahan bacaan yang digunakan untuk proses pengajaran serta pembelajaran.

"Bagaimanapun, Kemas Kelantan memberi jaminan sesi pembelajaran pada penggal persekolahan hujung bulan ini tidak akan terganggu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan gotong-royong membersihkan Tabika Kemas di Kompleks Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Rantau Panjang di sini pada Isnin.

Beliau memberitahu, pihaknya sudah menerima arahan daripada Ibu Pejabat Kemas supaya menganggarkan jumlah kerosakan bagi membolehkan peruntukan segera untuk membaik pulih semua tadika itu.

"Terima kasih kepada kakitangan Kemas Selangor yang membantu membersihkan tabika selain kakitangan Kemas Parlimen Ketereh, Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Kubang Kerian dan Machang.

"Kami turut mendapat sokongan daripada anggota Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang," katanya.

Tambah beliau, kesemua kerja-kerja ini dilakukan secara sukarela oleh kakitangan Kemas bagi memastikan premis berkenaan dapat kembali semula beroperasi mengikut jadual.

Artikel Berkaitan:

"Ada sebahagian premis yang terkesan dengan banjir telah dibersihkan oleh gurunya sendiri.