Afghanistan terima bantuan kemanusiaan bernilai AS$32 juta
KABUL - Afghanistan pada Ahad menerima bantuan kemanusiaan berjumlah AS$32 juta, lapor Xinhua.
"Berikutan beberapa siri bantuan kemanusiaan ke Afghanistan, pakej ke-17 bantuan kemanusiaan sebanyak AS$32 juta itu tiba di Afghanistan dan disalurkan kepada Bank Antarabangsa Afghanistan," menurut kenyataan Da Afghanistan Bank (DAB) pada Isnin.
DAB menghargai bantuan kemanusiaan daripada masyarakat antarabangsa dan berharap lebih banyak kerjasama dapat dijalankan.
Susulan pengambilalihan Taliban ke atas Afghanistan pada pertengahan Ogos 2021, Amerika Syarikat membekukan lebih US$9 bilion aset milik bank pusat Afghanistan itu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!