Rusia umum gencatan senjata untuk pindahkan orang awam
MOSCOW - Rusia pada Isnin mengumumkan akan mengisytiharkan gencatan senjata di bandar Kiev, Mariupol, Kharkiv dan Sumy di Ukraine mulai jam 10 pagi waktu tempatan (0700GMT) untuk memindahkan orang awam.
Konflik Rusia dengan Ukraine telah mencetuskan kemarahan masyarakat antarabangsa menyaksikan Kesatuan Eropah, United Kingdom dan Amerika Syarikat mengenakan pelbagai sekatan ekonomi ke atas Moscow, lapor Agensi Anadolu.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekurang-kurangnya 364 orang awam terkorban manakala 759 lagi cedera sejak operasi ketenteraan dilancarkan pada 24 Februari lalu.
Lebih 1.5 juta orang dilaporkan telah melarikan diri dari Ukraine. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!