Terowong SMART ditutup bagi operasi banjir
KUALA LUMPUR - Terowong SMART ditutup sepenuhnya bagi operasi banjir yang melanda Lembah Klang pada Isnin.
Pusat Kawalan Smart Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, operasi banjir telah diaktifkan pada mod dua pada jam 3.58 petang dengan air Sungai Klang atau Sungai Ampang telah dilencongkan ke Kolam Takungan Berembang.
"Setakat jam 4.44 petang, mod tiga telah diaktifkan dan air dari Sungai Klang dan Sungai Ampang masih dilencongkan ke Kolam Berembang.
"Kadar alir di pertemuan dua sungai tersebut adalah 150.0 cumec (meter padu sesaat)," menurut kenyataan itu pada Isnin.
Sekitar jam 4 petang, beberapa kawasan di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat antaranya Jalan Kuchai Lama, Jalan Tun Perak berhampiran Bukit Bintang dan Kampung Baru.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!