Ku Faridah dimasukkan ke ICU

No Image Caption
A
A
A

PELAKON veteran, Ku Fridah Ku Shafie atau lebih dikenali sebagai Ku Faridah dan Mak Engku, telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi kerana jangkitan kumam dalam paru-paru dan darah.

Menurut rakan seangkatannya, Sheila Mambo atau kini lebih dikenali dengan nama Sheila Hassan, keadaan pelakon itu sangat lemah.

"Doakan buat Ku Fridah Ku Shafie. Sekarang berada di ICU, keadaan sangat lemah.

"Semoga ALLAH SWT mengangkat segala dosa-dosanya asbab sakit yang ditanggung. Ampunkan dosa mak. SubhanAllah... Syafakillah..." tulisnya.

Perkhabaran duka itu turut mendapat perhatian ramai, termasuk rakan artis yang turut sama mendoakan kesembuhan pelakon yang pernah membintangi filem KL Gangster (2011) dan KL Gangster 2 (2013) itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!