Banjir kilat: TNB tutup beberapa pencawang elektrik di ibu kota

Anggota Bomba dan Penyelamat dilihat membantu mengalihkan kenderaan orang awam yang ditenggelami air di sekitar kawasan perumahan di Lorong Gurney pada Isnin. - Foto Bernama
Anggota Bomba dan Penyelamat dilihat membantu mengalihkan kenderaan orang awam yang ditenggelami air di sekitar kawasan perumahan di Lorong Gurney pada Isnin. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menutup bekalan pencawang elektrik di beberapa kawasan untuk keselamatan pengguna susulan hujan dan banjir kilat di sekitar Kuala Lumpur.

TNB menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, usaha-usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan-kawasan terlibat dapat disalurkan secara berperingkat, bergantung kepada akses dan keadaan setempat.

“Sekiranya banjir semakin bertambah buruk, berisiko dan membahayakan keadaan, penutupan bekalan akan dilakukan di pencawang elektrik yang terlibat bagi memastikan keselamatan pengguna setempat.

“Sentiasa waspada dengan hujan lebat dan keadaan berisiko banjir. Simpan dokumen penting di tempat yang selamat,” katanya pada Isnin.

Menurut kenyataan itu, antara kawasan yang terlibat adalah di Royal Cendana, Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Hospital Tang Lin, Car Park Jalan Tanglin, Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Lumpur dan Putrajaya, Jalan Kebun Bunga, Jalan Young Stat, Pejabat Perancang Selangor, The Royale Chulan Hotel, Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Menara Worldwide Jalan Bukit Bintang.

Sekitar jam 4 petang, beberapa kawasan di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat antaranya Jalan Kuchai Lama, Jalan Tun Perak berhampiran Bukit Bintang dan Kampung Baru.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!