[VIDEO] Penduduk Hulu Langat cemas, siap siaga hadapi banjir

Keadaan sebuah kedai makan di sebelah rumah Sha Azman di Jalan Sungai Lui, Kampung Jawa pada Isnin.
Keadaan sebuah kedai makan di sebelah rumah Sha Azman di Jalan Sungai Lui, Kampung Jawa pada Isnin.
A
A
A

HULU LANGAT - Baru hendak bernafas kembali selepas bencana banjir melanda Jalan Sungai Lui, Kampung Jawa, di sini melanda pada Disember lalu, penduduk kembali cemas apabila paras air di kawasan sekitar sini meningkat pada petang Isnin.

Salah seorang penduduknya, Sha Azman Amir, 56, berkata, paras air di Sungai Lui mula meningkat dan melepasi tebing sungai ketika hujan pada jam 5 petang.

Sha Azman bagaimanapun berada dalam keadaan bersiap sedia dengan kemungkinan banjir dengan mengalihkan kereta di atas bukit dan menyelamatkan dokumen penting.

"Saya sedang lihat paras air sungai ini kerana setakat ini ia sudah melepasi tebing sungai, tapi masih bertakung di luar rumah pada ketinggian 0.2 meter. Tapi kalau air mengalir deras, itu yang kami risau.

"Kereta pun dah alih atas bukit depan rumah, dan barang-barang pun dah kemas. Letih kami (kerja mengemas sisa banjir pada Disember lalu) pun tak habis lagi," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Sha Azman
Sha Azman

Penduduk lain, Ramlee Ahmad, 49, turut berada dalam keadaan siap siaga jika keadaan banjir bertambah buruk.

Dia ketika dihubungi Sinar Harian sedang mengemas barangan penting, masih menunggu di rumahnya untuk memantau keadaan banjir di sini.

Artikel Berkaitan:

"Air naik sekitar jam 6 petang pada ketinggian 0.3 meter di laman rumah saya.

"Buat masa ini tidak ke mana-mana dan lihat keadaan sekitar," katanya.

Dalam pada itu, sebuah jalan berhampiran Institut Kemahiran Belia Tinggi Negara (IKBTN) Dusun Tua, di sini terputus ekoran banjir yang melanda kawasan tersebut pada petang Isnin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata operasi menyelamat sedang dijalankan di kawasan sekitar.

"Operasi sedang dijalankan. Maklumat akan dikemas kini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!