Selangor buka lapan PPS, tempatkan 300 mangsa banjir

Seramai 300 daripada 56 keluarga mangsa banjir ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh Selangor berikutan hujan berterusan sejak petang Isnin.
Seramai 300 daripada 56 keluarga mangsa banjir ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh Selangor berikutan hujan berterusan sejak petang Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 300 daripada 56 keluarga mangsa banjir ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh Selangor berikutan hujan berterusan sejak petang Isnin.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, lapan pusat pemindahan itu dibuka sejak jam 8.30 malam.

Menurutnya, PPS yang dibuka itu ialah di Dewan Camelia Sekyen 10 Putra Height, Sekolah Kebangsaan Puchong Indah, Dewan Batu 3, Dewan Kampung Seri Aman dan Dewan Puchong Jaya.

"Selain itu, PPS dibuka di Dewan MPS Kampung Melayu Sri Kundang, Dewan PJS 2C/6 dan Dewan PJS 1/35," katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau pada Isnin.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima laporan banjir melibatkan 11 lokasi di negeri ini.

Katanya, lokasi yang dikenal pasti setakat jam 7.30 malam itu ialah di Kampung Sri Kundang, Kampung Gombak (Kuang), Siera Mas, Kampung Sungai Merab (Cyberjaya), Pekan Meru dan Bandar Baru Sungai Buloh.

"Ia turut melibatkan Kampung Melayu Sungai Buloh, Taman Medan (Petaling Jaya), Kampung Tengah (Subang), Taman Kinrara (Puchong) dan Taman Sri Langkas (Cyberjaya)," ujar beliau.

Bagaimanapun, katanya, rata-rata kawasan itu tidak melibatkan pemindahan mangsa.

Artikel Berkaitan:

"Kita masih sedang mengenal pasti jumlah keseluruhan mangsa yang ditempatkan di PPS.

"Operasi membantu dan menyelamat mangsa masih dijalankan dan sedia menghadapi sebarang kemungkinan," katanya.