AJL36: Tujuh individu, penganjur dikompaun langgar SOP

Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-36 disiarkan secara langsung di TV3 dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, pada malam Ahad.
Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-36 disiarkan secara langsung di TV3 dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, pada malam Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai tujuh individu termasuk penganjur majlis Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) dikompaun RM7,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 pada Ahad

Timbalan Ketua Polis Dang Wangi, Superintendan Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya terkesan satu gambar yang dimuat naik melalui satu portal berita pada Isnin.

"Gambar itu memaparkan sekumpulan individu sedang berpelukan pada majlis yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC)," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Naazron berkata, kesemua individu yang terlibat telah dipanggil bagi membantu siasatan atas kesalahan ketidakpatuhan SOP PPN Fasa 4 iaitu tidak mengamalkan penjarakan fizikal.

"Kompaun sebanyak RM1,000 telah dikeluarkan kepada setiap seorang termasuk penganjur mengikut Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) (PPN) 2021," katanya.

Naazron turut menasihati orang ramai supaya terus mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam memutuskan rantaian wabak Covid19.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!