Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri pagi ini
KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku di beberapa negeri sehingga pukul 10 pagi ini, demikian amaran dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Amaran yang dikeluarkan MetMalaysia pada 7.05 pagi itu memaklumkan, kawasan terlibat ialah di Kedah (Langkawi); Perak (Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak); Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh); Terengganu (Besut dan Setiu) serta Pulau Pinang.
Turut terlibat ialah Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang); Kuala Lumpur; Putrajaya dan Melaka.
Sementara Negeri Sembilan melibatkan Seremban, Port Dickson dan Rembau serta Johor (Tangkak). - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!