PN fokus atasi kos sara hidup

No Image Caption
A
A
A

SEGAMAT - Perikatan Nasional(PN) memfokuskan isu ekonomi rakyat dengan mengatasi masalah kenaikan harga barang yang menjadikan tunjang ikrar parti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Calon PN bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Ahmad Humaizi Uzir berkata, ia dapat dibuktikan dengan jelas pemberian bantuan pada musim pandemik yang bertujuan untuk menangani kos sara hidup rakyat.

Malah, sepanjang perkhidmatan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga lebih bertumpukan kepada keutamaan rakyat.

“Jadi apabila kita bercerita tentang manifesto untuk menangani kos sara hidup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita semua tahu segala jenis bantuan kita telah dapat termasuk membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Malah, rakyat juga dibantu dengan bakul-bakul makanan, tambahan pula di DUN Tenang ini, ADUN di sini juga telah keluarkan hampir 1,000 bakul makanan untuk penduduk di Labis.

“PN terus cuba mengatasi masalah kos kenaikan barang dengan memberikan pelbagai tawaran yang disediakan,”katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Mengulas lanjut, beliau berkata, PN turut merancang meningkatkan pendapatan penduduk di DUN Tenang khususnya kepada sektor perladangan dan pertanian.

“Apa yang ketara sekarang, pendapatan peneroka Felda dan pekebun kelapa sawit telah meningkat apabila harga sawit pada tempoh ini mencecah sehingga RM1,500 satu tan.

Artikel Berkaitan:

“Bila mana saya jumpa peneroka dan pekebun sawit semua rasa bersyukur dengan kenaikan harga sawit, jadi ini dapat membantu sedikit sebanyak pendapatan mereka,”ujarnya.

Ahmad Huzaimi
Ahmad Huzaimi

Tambah Ahmad Huzaimi, PN akan memfokuskan kepada penduduk yang berpendapatan rendah dengan memberikan inisiatif 20 meter air percuma yang akan menyelesaikan banyak masalah jika diberikan peluang.

“Selain itu, banyak juga bantuan diberikan seperti Bantuan Khas Covid-19, jadi orang kata ketika Muhyiddin jadi Perdana Menteri, memang bantuan itu tidak pernah putus.

“Ini diakui oleh para pengundi di DUN Tenang kerana mereka nampak di sini PN memang banyak memberi bantuan semasa mereka susah,”jelasnya.

Ujar beliau, sambutan kepada PN juga menggalakkan dan faham usaha parti itu adalah untuk mengutamakan rakyat dan juga pada masa sama mengekalkan prinsip integriti dan bersih daripada segala salah laku dan rasuah.

Dalam pada itu, perkhidmatan Ahmad Huzaimi dan ADUN sebelum itu juga sudah banyak membantu penduduk mengatasi masalah sara hidup untuk penduduk terutama sekali di DUN Tenang.

“Apa yang saya rancang selama ini alhamdulillah menjadi, cuma tempoh waktu tidak cukup.

“PN di sini banyak membantu dari segi infrastruktur terutama sekali di Jalan Muar di Felda Chempelak Barat di mana kawasan itu bergelap selama berpuluh tahun.

“Alhamdulillah dengan inisiatif dan cadangan saya dan YB Solihan, masalah itu dapati diatasi setelah lampu-lampu jalan dipasang dan telah diterangi.

“Begitu juga lain-lain infrastruktur seperti jalan, masjid dan pada saya tahap ekonomi semakin meningkat dengan mempunyai infrastruktur yang cukup,”katanya.

Reaksi

Mohd Akmal
Mohd Akmal

“Keprihatinan kerajaan Perikatan Nasional sepanjang pandemik amat memberi kesan yang mendalam terhadap kebajikan rakyat dan apa yang dijanjikan dalam manifesto telah pun ditunaikan sepanjang menjadi komponen dalam parti kerajaan,”- Pengundi, Mohd Akmal Ramly, 30

Nordin
Nordin

“Kerajaan PN sebelum ini sudah berusaha untuk mengubah pentadbiran ke arah yang lebih baik dan mereka tidak melupakan khususnya golongan muda serta yang tidak bernasib baik. Malah semasa Covid-19 melanda, ada yang sudah mendapat bakul makanan dan kerusi roda untuk digunakan oleh mereka yang memerlukan,”- Pengundi, Nordin Awang, 45

“Selama ini kita berbanyak terima kasih kepada PN kerana mereka memang banyak membantu dan sokongan masih lagi kuat kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bantuan yang diberikan masa pandemik itu pun sehingga hari ini masih diteruskan berbkhusunya di kawasan DUN Tenang,” - Pengundi, Samsuri Ibrahim, 46

Ujang
Ujang

“Saya bersyukur sebab ada terima bantuan dan berasa gembira kerana ia dapat membantu mengurangkan bebanan sebelum ini,”- Pengundi, Ujang Marsom, 42

“Saya merupakan golongan B40 sangat berterima kasih kepda kerajaan PN atas bantuan yang diberikan dan ini amat meringankan beban saya,”- Pengundi, Muhammad Aiman Abdullah, 21

Nurul Faezah
Nurul Faezah

“Terima Kasih PN atas bantuan yang diberikan sepanjang tempoh mentadbir kerajaan dan tempoh PKP akibat Covid-19 ni. Saya berharap PN terus diberi mandat untuk mengurus tadbir negeri Johor ini,” - Pengundi, Nurul Faezah Masmira Ibrahim, 32

Info Bantuan PN

-Pengeluran i-Citra KWSP RM5,000

-Mohon Baharu dan Rayuan BPR Fasa 2&3 (Bagi mereka yang tidak lulus)

-Bantuan Khas Covid-19

-Bantuan Data Internet Percuma oleh semua telco

-Bantuan Geran Khas Progatin 4.0 RM1,000

-Permohonan Moratorium Automatik Tanpa Syarat 6 bulan

-Permohonan Bantuan RM500 warga emas

-Bantuan Pendidikan Tinggi untuk pelajar IPT 2021

-Tawaran Biasaiswa

-Bantuan Penebusan Jaringan Prihatin RM180 dan RM300

-Skim Bantuan JKM

-E-Belia RM150

-Bantuan Belia Penjana Kerjaya RM1,000

-Permohonan Automatik PKP 3.0

-Permohonan pengecualian bayaran balik PTPTN

-Bantuan YES Prihatin (Telefon dan data percuma)

-Permohonan Rumah Mampu milik dan PPR 2021

-Permohonan Rumah Kos Rendah Seluruh Negeri

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!