Seorang anggota tentera maut, empat cedera nahas

Seorang anggota tentera maut manakala empat yang lain cedera selepas trak dinaiki terlibat nahas di Kilometer 16, Jalan Penawar-Punggai, Kota Tinggi, pada Isnin.
Seorang anggota tentera maut manakala empat yang lain cedera selepas trak dinaiki terlibat nahas di Kilometer 16, Jalan Penawar-Punggai, Kota Tinggi, pada Isnin.
A
A
A

KOTA TINGGI - Seorang anggota tentera maut, empat lagi cedera selepas trak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dinaiki mereka terlibat nahas di Kilometer 16, Jalan Penawar-Punggai, di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, kemalangan pada jam 3.40 petang itu dipercayai berlaku ketika trak berkenaan dalam perjalanan dari Pos Tg Leman di Mersing Ke Pos Tg Sepang di Pengerang.

"Kemalangan melibatkan seorang pegawai dan empat anggota tentera. Seorang anggora tentera berusia 23 tahun maut di tempat kejadian.

"Mereka yang cedera pula berusia antara 22 hingga 38 tahun menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, siasatan awal mendapati punca kemalangan dipercayai akibat gagal memotong, bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!