Pemandu lori rempuh sembilan motosikal direman

Pemandu lori berusia 28 tahun itu direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.
Pemandu lori berusia 28 tahun itu direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Pemandu lori yang terlibat nahas membabitkan 10 kenderaan di Kilometer 92.8 Lebuhraya Utara Selatan direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

Perintah reman ke atas lelaki berusia 28 tahun itu dibenarkan Majistret Nurul Ainna Ahmad di Cawangan Mahkamah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda pada Selasa dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam kejadian kira-kira 2.40 petang Isnin, sembilan motosikal di bawah jejambat di lokasi kejadian dirempuh lori dipandu suspek.

Kemalangan mengakibatkan dua maut manakala beberapa mangsa lain mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan ujian saringan awal urin suspek didapati negatif dan ujian EBA II juga didapati bebas alkohol.

Difahamkan, ketika kejadian, pemandu bersama kelindan sedang dalam perjalanan dari Kelantan menghantar perabot iaitu sofa yang dibeli pelanggan secara dalam talian.

Trip pertama dihantar ke Kuala Nerang, Kedah dan sedang meneruskan perjalanan untuk ke Pulau Pinang bagi melaksanakan urusan penghantaran berikutnya.

Bbagaimanapun lori yang dipandu suspek terbabit kemalangan.

Artikel Berkaitan:

Sejak Isnin, foto kejadian itu tular di media sosial menunjukkan beberapa penunggang motosikal terbaring berlumuran darah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!