1,122 mangsa banjir ditempatkan di 9 PPS di Selangor

PPS Dewan Orang Ramai Seri Kundang mula dibuka kepada mangsa banjir sejak malam Isnin. - Foto Facebook Nadma.
PPS Dewan Orang Ramai Seri Kundang mula dibuka kepada mangsa banjir sejak malam Isnin. - Foto Facebook Nadma.
A
A
A

SHAH ALAM - Sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan 1,122 mangsa banjir di tiga daerah di Selangor setakat jam 8 pagi Selasa.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menerusi kenyataan di Facebook berkata, enam PPS dibuka di Petaling diikuti dua PPS di Gombak dan satu PPS di Hulu Langat.

Menurut kenyataan itu, enam PPS di Petaling iaitu Dewan Kenanga Seksyen 28 menempatkan 222 mangsa, Dewan Camelia Putra Height dengan 138 mangsa dan Sekolah Kebangsaan (SK) Puchong Indah dengan 164 mangsa.

"Tiga lagi PPS melibatkan Masjid Putra Height yang jumlah mangsa dalam proses bancian disusuli Masjid Nurul Huda menempatkan 26 mangsa serta SK Putra Heights 2 yang siap sedia untuk digunakan.

Banjir kembali surut di kawasan terjejas di Puchong, pada Selasa. - Foto Facebook Nadma
Banjir kembali surut di kawasan terjejas di Puchong, pada Selasa. - Foto Facebook Nadma

"Bagi daerah Gombak, PPS Dewan Majlis Perbandaran Selayang Kampung Melayu Seri Kundang menempatkan 224 mangsa dan Dewan Orang Ramai Seri Kundang dengan 300 orang mangsa," menurut kenyataan pada Selasa.

Tambah kenyataan itu, PPS SK Sungai Serai di Hulu Langat menempatkan 48 mangsa terdiri daripada 15 keluarga.

Ujar kenyataan itu, hujan lebat pada Isnin menyebabkan 28 kawasan di Selangor mengalami banjir kilat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!