PM dijangka umum tarikh pembukaan sempadan petang ini
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkan tarikh pembukaan sempadan pada petang ini.
Perkara itu akan diumumkan pada Sidang Media Khas di Laman Media, Parlimen pada jam 5.30 petang ini.
Ia juga akan disiarkan secara langsung menerusi portal Sinar Harian, RTM, BernamaTV, Astro Awani, TV3 dan TV Alhijrah.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam sidang akhbar di Sabah pada Isnin berkata, Perdana Menteri akan mengumumkan berkenaan pembukaan sempadan negara pada Selasa.
Ekoran itu, beliau berkata, liputan perlindungan vaksinasi dos penggalak dilihat amat penting di Sabah.
Katanya, ia berikutan risiko yang bakal dibawa oleh kemasukan pelancong daripada negara jiran, Indonesia dan Filipina.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!