Mapim anjur persidangan khas pertahan Baitulmaqdis, Al-Aqsa

Mohd Azmi Abdul Hamid
Mohd Azmi Abdul Hamid
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) akan menganjurkan Persidangan NGO Asean Plus Mempertahankan Baitulmuqaddis dan Masjid Al-Aqsa pada 23 dan 24 Mac ini bertempat di Auditorium Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kompleks Islam, Presint 3, Putrajaya.

Menurut Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid, persidangan itu dijalankan dengan kerjasama Jakim, Alliance of World Masjid in Defence of Al-Aqsa (Manar) dan Assembly of Ulama of Asia (SHURA).

Jelas beliau, persidangan itu akan dirasmikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 23 Mac dan majlis penutup oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof pada 24 Mac.

"Persidangan yang terdiri daripada badan-badan bukan kerajaan dari 30 buah negara ini diadakan khusus bagi membincangkan perkembangan serta tindakan sesuai bagi mempertahankan Baitulmuqaddis dan Masjid Al-Aqsa.

"Pengerusi Darul Huda, Al-Quds, Sheikh Noureddin Ishaq Mohammad Rajabi akan menyampaikan ucap utama selepas majlis perasmian dan sebanyak lima kertas kerja akan dibentang dan diulas oleh 15 panel mewakili beberapa buah negara," katanya.

Lima kertas yang akan dibentangkan ialah Gambaran Keseluruhan 100 Tahun Naratif Aqsa dan Palestin Menerusi Dekslarasi Belfour, 70 Tahun Nakbah dan Naksah, Situasi Terkini, Analisis: Agenda Zionis dan Respons Dunia, Peranan Ulama dan Jaringan Berkesan Kempen Antarabangsa Mengenai Al-Aqsa dan Gerakan Ummah Untuk Mempertahankan Baitulmuqaddis dan Masjid Al-Aqsa.

"Pendakwah terkenal dunia, Dr Zakir Naik akan turut berucap dalam sesi khas persidangan pada 23 Mac bersama 10 perwakilan lain antaranya termasuklah, Mufti Kemboja, wakil dari Iran, warga Uyghur, Turki serta wakil media," jelas beliau.

Pada persidangan itu juga, Mapim, Manar dan Shura akan menganjurkan Majlis Makan Malam khas untuk mengumpul Dana Palestin pada 23 Mac, di MZ Garden, Sungai Merab, Bangi yang akan dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri wan Azizah Wan Ismail.

Artikel Berkaitan:

Sehubungan itu, para dermawan dipelawa untuk sama-sama hadir ke majlis tersebut dan bersama menyumbang untuk membantu dan membela nasib rakyat Palestin yang dihimpit pelbagai kepayahan di bawah rejim Zionis Israel. Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh menghubungi Pegawai Sekretariat Program, Hasanuddin Nassaruddin di talian 014 346 1353.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!