Atlet KOM bukan biasa-biasa

SM Muthu
SM Muthu
A
A
A

SERAMAI 36 atlet balapan dan padang yang terdiri dari 21 lelaki serta 13 wanita akan dihantar ke temasya Sukan SEA di Vietnam yang dijadual berlangsung pada 12 hingga 23 Mei depan.

Perkara itu diumumkan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk SM Muthu selepas mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan badan induk sukan olahraga kebangsaan berkenaan pada Isnin sambil memberitahu Muhammad Haiqal Hanafi berada dalam senarai pasukan olahraga negara ke temasya Sukan SEA Vietnam, Mei depan.

“Daripada jumlah tersebut, 14 atlet lelaki berada dalam kategori A dan tujuh dalam kategori B manakala bagi kategori wanita pula empat dalam kategori A dan sembilan dalam kategori B.

“Haiqal memang ada. Dia akan beraksi dalam acara 4x100m.

“Kita beri peluang kepada dia. Namun untuk acara 100m, harapan itu diletakkan kepada Russel,” kata Muthu kepada media selepas mesyuarat berkenaan.

Dalam pada itu, Muthu memberitahu KOM tidak akan menyenaraikan jaguh lompat tinggi, Lee Hup Wei pada temasya kali ini memandangkan dia tidak melepasi had kelayakan yang ditetapkan.

Bagaimanapun pihaknya mempunyai perancangan yang tersendiri buat atlet berusia 34 tahun itu

“Tunggu pada masa yang sesuai dan kita akan umum apa yang kita akan buat. Memang sudah ada perancangan.

Artikel Berkaitan:

“Dia seorang atlet berpengalaman dan perancangan terhadapnya akan diumumkan nanti. Mungkin kita akan beri peluang untuk dia menjadi jurulatih lompat tinggi, itupun kalau dia mahu,” katanya.

Untuk rekod, pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia di Stadium Mini MSN, Bukit Jalil pada Ahad, Hup Wei gagal melepasi Had kelayakan untuk ke Sukan SEA iaitu 2.15 apabila sekadar melakukan lompatan setinggi 2.10.

Ia menyaksikan Olimpian negara itu tewas kepada atlet muda dari Sabah, Eizlan Dahalan, dengan berkongsi ketinggian 2.10 meter pada kejohanan tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!