Warga emas maut dihempap pokok tumbang ketika memancing

Anggota bomba berjaya memotong dahan yang menghempap mangsa namun mangsa sudah tidak sedarkan diri. - Foto JBPM
Anggota bomba berjaya memotong dahan yang menghempap mangsa namun mangsa sudah tidak sedarkan diri. - Foto JBPM
A
A
A

HULU LANGAT - Seorang warga emas maut akibat dihempap sebatang pokok tumbang ketika memancing berhampiran loji air Sungai Langat di sini pada Selasa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, sebuah jentera bersama beberapa anggota dan pegawai dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 4 petang.

"Berlaku pokok tumbang dan menghempap seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 60-an yang sedang memancing di kawasan berkenaan.

"Bomba berjaya mengalihkan dahan pokok yang menimpa mangsa tetapi mangsa tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!