Penang, Melaka United sama kuat di Bandaraya

Pemain Pulau Pinang, Rafael Vitor Santos De Freitas (kiri) ketika beraksi pada perlawanan Liga Super menentang Melaka United di Stadium Bandaraya malam ini. -Foto Bernama
Pemain Pulau Pinang, Rafael Vitor Santos De Freitas (kiri) ketika beraksi pada perlawanan Liga Super menentang Melaka United di Stadium Bandaraya malam ini. -Foto Bernama
A
A
A

PENANG FC gagal memanfaatkan kelebihan di laman sendiri apabila sekadar seri 1-1 menentang Melaka United FC dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya malam ini.

The Panthers bermula dengan agresif apabila sepakan percuma dari luar kotak penalti pada minit keenam oleh Rafael Vitor Santos De Freitas menyinggah tiang gol Melaka United.

Serangan Penang FC akhirnya membuahkan hasil apabila pemain tengah Muhammad Danial Ashraf Abdullah menjaringkan gol dari sepakan sudut pada minit ke-27 selepas menerima hantaran Muhammad Faiz Mazlan.

Melaka United yang kebanyakannya berkampung di bahagian pertahanan pada awal separuh masa pertama, akhirnya menemui gol penyamaan apabila kapten Penang FC, Abdul Latif Suhaimi menjaringkan gol sendiri susulan sepakan sudut pemain import Sony Norde pada minit ke-40. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!