Lelaki maut nahas tiga kenderaan

Seorang lelaki maut selepas kenderaan dipandunya hilang kawalan dan memasuki lorong bertentangan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. - Foto JBPM
Seorang lelaki maut selepas kenderaan dipandunya hilang kawalan dan memasuki lorong bertentangan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. - Foto JBPM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut selepas terbabit dalam satu kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Tuanku Abdul Rahman berhampiran sebuah pusat beli belah di sini pada Rabu.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan pada Rabu berkata, kejadian tersebut dipercayai berlaku sekitar jam 6.30 pagi.

Menurutnya, Proton Waja dipandu mangsa dipercayai terbabas lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dua kenderaan lain.

"Setibanya di lokasi mendapati kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu Proton Waja, Perodua Bezza dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard.

"Terdapat seorang lelaki berusia 37 tahun tersepit dalam kereta dan berjaya dikeluarkan anggota bomba. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik Hospital Kuala Lumpur (HKL)," menurut kenyataan tersebut.

Katanya, pemandu Perodua Bezza mengalami cedera ringan manakala pemandu MPV tersebut bersama anak perempuannya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes masih dalam siasatan pihak Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT).

"Pemandu sebuah lagi kereta cedera ringan dan pemandu MPV bersama anak perempuannya tidak cedera," kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!